Friday, October 13, 2006

Kembali Ke Kampung Stoh

***** This is a report by MangrooveDan from Kuching, Sarawak *****

Dari hari Isnin hinggalah ke Jumaat, saya akan mengalami masalah untul bangun awal, 6.30 pagi, untuk menyiapkan diri untuk ke pejabat untuk bekerja. Tetapi bila tiba hujung minggu, lebih-lebih lagi bila hujung minggu itu telah diputuskan akan ke padang pancing, bangun seawal 5.00 pagi pun tak bermasalah. Itulah yang terjadi 1 October 2006 yang baru lalu. Awal minggu lagi, pelan telah ditetapkan yang saya akan turun ke padang pancing dengan seorang kawan yang juga kaki pancing, Chen, namanya. Pelannya adalah untuk memancing di Jeti Kampung Rambungan, yang terletaknya kira-kira 45 minit dengan kereta dari pusat bandar Kuching. Jadual air ditilik dan ia menandakan yang air pasang-surut pada hari tersebut sememangnya sesuai untuk memancing di jeti tersebut. Lagi-lagi, cuaca yang cukup panas dan tiada hujan akan mencantikkan kualiti air. Menurut Chen yang pernah memancing di jeti tersebut, antara ikan yang dapat di pancing di situ adalah anak gerepoh.

Pagi minggu itu, saya telah pun bersiap sedia dengan "senjata" saya seawal 6.00 pagi. Chen tiba di pintu rumah saya 10 minit kemudian. Setelah memunggah barang ke dalam kereta Chen, kami pun bergegas ke Kampung Rambungan. Cuaca pada hari tu cukup berjerebu. Index Kualiti Udara mungkin mencecah angka 200, memandangkan jarak penglihatan kami adalah dalam lingkungan 1km sahaja. Untuk ke jeti, kami terpaksa melintasi Batang Rambungan dengan feri dengan kadar tambang hanya RM1.00 untuk jalan sehala. Setiba di jeti, kelihatan permandangan yang indah dan yang paling penting, tiada pemancing lain yang sedang memancing di situ. Sememangnya, quality air pada hari tersebut sememangnya sangat cantik. Beribu-ribu ikan bilis sedang mengerumuni jeti, mencari tempat berteduh dari serangan-serangan ikan besar seperti gerepoh, talang, todak dan alu-alu. Sekali-sekala akan kelihatan ikan-ikan bilis melompat bertempiaran kerana ikan pemangsa sedang menyerang mereka. Apa nak ditunggu lagi, kami berdua pun bergegas memasang matakail apollo untuk cuba menawan ikan-ikan pemangsa tersebut.

Lontaran demi lontaran dibuat, tetapi ikan pemangsa tidak mengendahkan persembahan kami. Kami juga memasang joran untuk pancingan dasar dengan umpan hirisan sotong, hirisan ikan kembung dan juga udang pasar, tetapi tiada sambaran berlaku, kecuali umpan kami dikutis habis oleh anak-anak ikan. Ketika saya sedang menunggu sambaran ikan, tiba-tiba kelihatan seekor ikan siakap, angaran seberat 3kg berenang di permukaan air, kira-kira 2m dari tempat saya sedang berdiri. Dapat dilihat kilauan sisik siakap tersebut and juga kelihatan seolah-olad siakap tersebut sedang memerhatikan saya sebelum berenang ke bawah jeti. Saya dapati saya hanya dapat memerhati gelagat siakap tersebut dan tak sempat pun pergi mengambil joran saya. Setelah insiden, selang beberapa minit kemudian, kelihatan siakap yang sama meronda-ronda di salah satu tiang jeti tersebut sebelum menghilangkan diri. Chen dan saya menghabiskan kira-kira 3 jam di jeti tersebut, tanpa sebarang keputusan. Kami pun membuat keputusan untuk ke Kpg Stoh yang terletak kira-kira 15 minit dari jeti. Di sana terdapat sebuah kolam siakap. Semua orang dibenarkan memancing disana, janji yang mereka akan membawa sekurang-kurangnya seekor ikan balik dengan harga RM12 sekilo.

Chen dan saya pun mengeluarkan gewang dan memulakan acara mengilat, masing-masing bersungguh-sungguh hendak mendapatkan ikan pertama untuk hari tersebut. Saya mengunakan gewang Halco Sorceror R11 (52mm) berwarna emas. Joran saya pula Lemax Platinum 4-8lb dengan tali tangsi kekuatan 12lb. Lebih kurang setengah jam membuat lontaran, siakap-siakap di kolam masih mendiamkan diri. Kelihatan yang kami akan pulang dengan tangan kosong pada hari tersebut. Saya pun berjalan mengelilingi kolam yang sebesar dua arena bola keranjang tersebut. Saya mencuba membuat balingan berdekatan kekipas air. Balingan pertama, terasa ada getuan bila gewang berenang selari dengan kekipas tersebut. Balingan kedua, kejadian yang sama berlaku dan sekarang boleh dilihat ekor ikan yang membuat pusingan U. Lontaran ketiga, bila gewang masuk sahaja zon kekipas, gewang dilarikan ikan. Joran ultra ringan, sebenarnya untuk udang, melentur macam huruf "n". Tali 12lb meluncur keluar dari kekili Speed, walaupun tekanan "drag" dipasang agak ketat. Saya cuba dengan sedaya-upaya menghalakan ikan untuk keluar dari "sarang"nya yang berkayu. Akhirnya, saya berjaya berbuat demikian, tetapi alangkah terkejutnya bila ikan tersebut timbul keletihan. Ia bukannya siakap, tetapi bukan species BARRAMUNDI tetapi SIAKAP MERAH, atau lebih dikenali sebagai MANGROVEJACK. Ia berjaya didaratkan dan apabila ditimbang, skala menunjukkan 1.0kg!!!

Selepas keputusan tersebut, semangat kami berdua berkobar-kobar lagi untuk terus acara casting. Balingan serta balingan dibuat ke tempat-tempat yang nampaknya berpotensi. Saya berjaya memperdaya seekor ikan lagi lebih kurang 15 minit kemudian, dan adegan tarik-menarik berlaku, tetapi kali ini kemenangan berpihak kepada ikan yang berjaya memutuskan tali serta melarikan gewang halco saya.

Yunus, pemilik kolam terkejut apabila saya hendak membayar untuk siakap merah tadi. Beliau bertanya dimana saya mendapatkan siakap merah tersebut, kerana terdapat 2 buah kolam milik keluarga beliau. Kami pun memberitahu yang ia dari kolam yang lebih besar. Beliau kemudian menceritakan yang siakap merah itu adalah siakap merah liar yang beliau tangkap apabila memancing di sungai berdekatan. Oleh kerana masih kecil, beliau melepaskan ia ke dalam kolam.

Siakap merah..............RM15 sekilo
Gewang Halco Sorceror...............RM28
Kepuasan memancing seharian.............................tiada harga bandingan.

:::... MangrooveDan with Mangroove Jack ...:::

1 comment:

zairiel said...

Slmt pagi tuan, nak tanya buat masa ni ada lagi ke kolam tu.